Monday, November 10, 2008

BUFFET MAKAN SAMPAI KENYANG

Di sepanjang bulan Nov ni restoran Bif Sentral ada tawaran istimewa untuk pelanggan yang di hormati. Cuma RM 8:90 sahaja anda boleh menikmati pelbagai sajian hidangan tengahari. Hidangan nasi campur ala tradisional Melayu pada kadar yang berpatutan untuk membantu pelanggan kami berjimat.

Datanglah beramai-ramai menikmati makanan lazat yang menyentuh jiwa sambil berjimat. Kunjungan dan sokongan anda amat kami hargai.

Friday, October 10, 2008

HARI RAYA CELEBRATION

Pihak management Bif Sentral dah setuju nak offer in-house catering service for hari raya open house.

Kat bawah tu disertakan sample menu. Semuanya sedap2, dan mengancam jiwa. Tapi kalau nak tambah atau tukar hidangan mengikut selera, sila binchang dgn pihak restoran semasa membuat tempahan.

Syawal sebulan sahaja, dan time-slot utk majlis rumah terbuka adalah terhad.

Tempahlah seawal yang boleh, untuk mengelakkan kesulitan.

~SELAMAT HARI RAYA~

MENU PAKEJ RUMAH TERBUKA AIDILFITRI @ BIF SENTRAL

MENU 1

RM 33.90 Nett PER PAX (Dewasa)
RM 17.00 Nett PER PAX (Kanak Kanak)
Tempahan Minimum : 40 Paxes

Kambing Panggang
Sate Ayam
Sate Daging
Kepak Ayam Panggang

Ketupat
Lemang
Nasi Himpit
Rendang Ayam Minang / Rendang Daging Tok
Kuah Lodeh Udang & Petai
Kuah Kacang
Serunding Ayam

Laksa Kuala Perlis / Mee Bandung Muar
Soto Ayam
Roti Jala & Kari Daging
Bihun Goreng Singapura
Nasi Tomato
Daging / Ayam Masak Merah
Sambal Ikan Bilis
Acar Jelatah
Keropok Ikan

Aneka Buah buahan
Raya Cookies
Aneka Kuih Melayu
Dodol
Puding Jagung / Roti
Samosa / Spring Roll
Bubur Pengat Durian
Cendol Pulut
Kopi / Tea
Minuman Kordial



MENU 2

RM 23.90 Nett PER PAX (Dewasa)
RM 12.00 Nett PER PAX (Kanak Kanak)
Tempahan Minimum : 20 Paxes

Marinated Lamb Shoulder
Ikan Bakar
Kepak Ayam Panggang

Ketupat
Lemang
Nasi Himpit
Rendang Ayam Minang / Rendang Daging Tok
Kuah Lodeh Udang & Petai
Kuah Kacang
Serunding Ayam

Laksa Johor / Mee Rebus
Soto Ayam
Bihun Goreng Siam
Nasi Minyak
Ayam Percik Utara
Acar Rampai
Keropok Ikan

Aneka Buah buahan
Raya Cookies
Aneka Kuih Melayu
Dodol
Samosa / Spring Roll
Bubur Pengat Durian
Cendol Pulut
Kopi / Tea
Minuman Kordial

Wednesday, September 24, 2008

Selamat Hari Raya



Selamat hari raya pada semua warga Bif Sentral. Dedikasi dan kerjasama yang diberikan sepanjang menjayakan buffet Ramadhan amat dihargai. Kepada semua pelanggan yang dihormati, SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN.

Kepada warga kerja di Bif Sentral, kalau nak beraya di kampung drive safely!. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN.

Friday, September 5, 2008

Jom Berbuka Puasa di Bif Sentral

 
 
 
 

Di bulan Ramadhan ini makin ramai yang berkejar-kejar nak berbuka dirumah. Jalanraya tentulah semakin sesak apabila setiap orang cuba nak sampai kerumah sebelum berbuka.

Dah pukul 6 lebih, kerja pejabat masih belum siap. Jalan diluar masih sesak dengan kenderaan. Sempatkah nak berbuka dirumah?. Juadah berbuka belum ada. Masih adakah pilihan beraneka juadah dipasar Ramadhan nanti?. Bagaimana dengan tahap kebersihan juadah yang terdedah hampir 4 jam ditempat terbuka. Adakah ia masih selamat untuk dimakan.

Jangan risau, kepada penduduk Wangsa Maju dan kawasan sekitarnya restoran Bif Sentral menawarkan buffet istimewa sempena Ramadhan yang mulia. Beraneka juadah sedia terhidang untuk pelanggan kami yang tersayang. Dijamin lazat dan berkhasiat serta enak yang amat.

Joomlah kita berbuka disana. Tempahlah meja sebelum bertolak dari office. Hubungi cik Ros di talian 03-414302813.
Posted by Picasa

Friday, August 29, 2008

Bif Sentral Muncul Dalam Majalah Rasa

Saya difahamkan iklan restoran Bif Sentral akan muncul dalam majalah Rasa keluaran bulan Oktober ini. Tambah glamourle warga kerje Bif Sentral, satu Malaya dapat tengok...

Tuesday, August 19, 2008

Ramadan Mubarak

Bulan yang mulia dah hampir tiba, marilah kita sama-sama meraikan kedatangan Ramadan seperti meraikan kekasih yang hampir setahun meninggalkan kita. Penuhilah masa bersama Ramadan dengan ibadah dan mengaji kalimah Allah. Semuga terubat rindu dihati sebelum Shawal datang dan membawa Ramadan pergi...

Kalau dah dekat nak berbuka tu mailah ke Bif Sentral...

Monday, August 18, 2008

BBQ Nite

Upacara menggolek kambing telah di lanjutkan kepada dua malam seminggu. Untuk menikmati hidangan daging bakar yang tiada tandingan sila datang ke restoran Bif Sentral pada hari Jumaat atau Sabtu jam 5 petang hingga 11 malam.

Datanglah beramai-ramai bawa isteri, bawa kenalan, bawa ayah, bawa ibu, bawa yg tersayang dan yang lain-lain lagi. Pasti best...

Tuesday, August 5, 2008

The Soup Train Is Coming

Bermula minggu depan Restaurant Bif Sentral akan menyediakan pelbagai hidangan sup. Ada sup ayam, daging, tulang, ekor dan lain-lain sup yang sewaktu denganya. Untuk pemilik Proton Perdana yang mempunyai masaalah gearbox, orderlah sup gearbox. Pasti lancar perjalanan....

Thursday, July 24, 2008

Bermula 28 Julai, 2008 kami akan memperkenalkan menu baru yang lebih padat dan lebih banyak pilihan. Bermula dari pilihan pembuka selera yang lazat, pilihan "entrees" yang amat menyelerakan dan "dessert" yang menggugat keimanan.

Tidak ketinggalan juga pilihan untuk sikecil yang menarik, lazat dan berzat.

Datanglah untuk makan malam atau bila-bila sahaja dari 11 pagi hingga 11 malam, 7 hari seminggu. Atau datanglah ke barbecue party pada Selasa dan Jumaat jam 5 petang hingga 11 malam.

Bif Sentral Restaurant
No. 1-G & 3-G, Block 1C
Jalan Wangsa Delima12, D'wangsa
Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur.

....Berdekatan dgn Carrefour dan Maybank.

Tuesday, July 22, 2008

Introduction

Assalamualaikum,

Bif Sentral ialah idea dan hasrat murni kami untuk menyediakan hidangan berasaskan daging yang menyelerakan setanding dengan apa yang terdapat di hotel dan steak house. Menu restoran kami dicipta dengan adunan kepakaran chef kami yang "certified beef connoisseur". Anda dapat menikmati lunch set menu kami yang amat digemari ramai atau menikmati kelazatan "Musier" signature T-bone steak yang amat menyentuh jiwa.

Kami juga menyediakan "butcher shop" di restoran kami khas untuk pelanggan yang dihormati. Terdapat pelbagai pilihan daging dan hidangan daging yang telah di sediakan oleh kakitangan kami untuk dimasak dirumah. Anda hanya perlu masukan ke oven dan bakar untuk hidangan yang lazat setanding dengan yang dimasak oleh chef profesional.

Kami juga menyediakan perkhidmatan penghantaran percuma bagi pelanggan yang berada didalam kawasan penghantaran. Untuk hidangan daging yang lazat, hubungi kami dan kami akan hantarkan hidangan dari restoran atau "butcher shop" kerumah anda dengan segera.

Hubungi kami di 03-4143 4813

atau layari laman web kami di www.bifsentral.com

Mukadimah

Assalamualaikum,

Kepada semua rakyat alam maya "Bloggers Dominion", selamat datang ke wilayah Bif Sentral.